Dah bertahun-tahun duduk di kampung sendiri tak pernah pun nak tangkap gambar tentang penternakan ikan dalam sangkar. Gambar di bawah merupakan sebahagian daripada sangkar-sangkar ikan. Antara ikan yang biasa di bela adalah tilapia dan patin. Harga 1kg ikan tersebut murah je RM 15. Tapi kena hati-hati sebab takut terbeli ikan kolam yang rasanya tidak sedap berbanding ikan sangkar di sungai.
Bagi yang suka makan ikan patin, kalau makan kat kedai tu, seeloknya tanyalah dulu sama ada ikan sangkar atau pun yang "original" sungai aka "patin liar" (seperti patin buah & patin muncung) kerana yang original harganya tersangatlah mahal. Pasti ada yang tercekik semasa nak bayar. Tentu ada yang pernah dengar macam mana "Patin mengamuk di temerloh" kerana harganya. Sebelum terkena, rajin-rajinlah bertanya.
Selain itu, melepak kat sangkar ikan pun syok juga. Tengok gelagat ikan yang menunggu tuan-tuanya memberi makanan terutama talapia masing-masing berkerumun je. Bila ikan di beri makan, berebut-sebut takut tak sempat makan sebab tak lama lagi nak kena jual. Tapi aktiviti yang paling best bila melepak kat sangkar ikan adalah memancing. Banyak ikan yang bermain-main di sekeliling sangkar terutama apabila ikan tengah di beri makan.
1 comments:
sy pun prnh jgk pegi kt cage2 mcm ni..tapi mmg takut la! sy hampir2 nk trjatuh time jalan ats catwalk tu. nsb baik kwn smpt pegang..huhu^^
Post a Comment