Seorang budak 6 tahun yang bernama Ah Long dari China yang kini tinggal seorang diri kerana kematian kedua orang tuanya akibat AIDS. Ah Long di lahirkan dengan HIV yang menyebabkan penduduk sekeliling takut untuk berkawan dengannya. Ah Long masih lagi mempunyai seorang nenek yang juga tidak membenarkan Ah Long tinggal dengannya. Nasib baik ader pondok yang di tinggalkan oleh kedua orang tuanya. Yang lagi menyentuh hati dan perasaan, pihak sekolah tidak membenarkan dia memasuki sekolah kerana ibu bapa pelajar yang lain mengugut untuk membunuh diri sekiranya dia dekat dengan anak-anak mereka. Bagaimanapun, terdapat segelintir orang yang baik hati yang sudi memberikan bantuan kepadanya. Teman terbaik Ah Long sekarang adalah seekor anjing. -Gambar Selanjutnya-
-Jangan jadikan orang yang tak bersalah menanggungnya-
0 comments:
Post a Comment