Selamat Datang
RSS Feeds
Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Anjakan Paradigma...



"Anjakan paradigma berkobar-kobar di anjung kalbu.... menusuk, diperosok kedalam dikedalam sedalam-dalamnya..."

Nak melakukan anjakan pradigma di tempat kerja. Semangat berkobar-kobar di malam hari, tapi keesokan hari "hampeh" hilang terus lepas pekena roti canai di hadapan tempat kerja. Entah bila dapat melakukan anjakan tersebut. Tapi nak buat macam-mana begitulah nalurinya. Sekejab ada sekejab hilang bergantung kepada faktor sekeliling. Gagal sekali.... Lain kali boleh cuba lagi.



-Mari kita melakukan Anjakan Pradigma dalam kehidupan-


*Gambar Sekadar Hiasan

Wednesday, April 6, 2011

Untung..

Untung anak-anak zaman sekarang nak apa je semua dapat. Tak kira daripada sekecil-kecil benda contahnya gula-gula hinggalah sebesar-besar benda contohnya kereta. Tapi apa faedahnya? Supaya anak-anak tak rasa susah seperti bagaimana ibu bapa mereka susah dahulu. Hebat sungguh pengorbanan yang di lakukan oleh ibu bapa. Tapi bagi anak-anak zaman sekarang yang dah biasa rasa senang dan tidak pernah rasa susah apa yang akan berlaku bila di takdirkan akan susah suatu hari nanti. Bagi yang dah pernah melalui tiada masalah, bagi yang tidak pernah rasa susah akan menjadi masalah besar bagi mereka. Sekali-sekala kita kena juga lalui zaman kesusahan supaya kita rasa bagaimana orang yang kurang bernasib baik rasa.


*sedih apabila tak dapat apa yang di inginkan. Lagi Gambar



Kenapa....

Kenapa saya suka buka blog...
Sebab dia best...
Kenapa saya suka baca blog...
Sebab dia best...
Kenapa saya suka semua tentang blog...
Sebab dia best...


* Gambar Sekadar Hiasan

Click Kalau Berani!!!

Sekadar Gambar
Awesome
Pangeran

Today I Have Nothing To Say....

Tuesday, March 29, 2011

Ada Orang

Ada orang dah ada satu....
tapi mencari lagi satu....
ada orang dah ada dua, tiga, empat....
tapi masih mencari lagi masalah...
ada orang tiada langsung....
tiada di pandang-pandang....
ada orang sudah ada....
tidak di gilapkan nya....
ada orang sudah di gilap....
di tinggalkan nya....

fikir-fikirkan lah....

Saturday, February 12, 2011

Jelajah Rompin



Hasil Waktu Cuti






Cukup la untuk makan sekeluarga....

Yang ini tertangkap tapi dah di lepaskan....

Wednesday, February 9, 2011

Tulus

Semakin nampak....
semakin jelas....
semakin terdesak....
Tapi kite je yang tak tau atau buat-buat tak tau....

Tak tulus.....
Tak tahu mana satu yang betul.....
Satu persatu perkara yang timbul.....
Yang mengikut gagah....
Yang terikut ade kat tengah simpang....

Simpang mana nak masuk.....
Masuk sana tak pasti.....
Masuk sini tak pasti.....
Tuhan saja yang tahu.....

Yang paling penting tulus.....


Saturday, August 14, 2010

Selamat Berpuasa


Sempena bulan Ramadhan yg mulia ini, koi nak mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Puasa jangan tak puasa!!!

Wednesday, May 12, 2010

Fikir luar batas normal......

Kes 1

Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)

Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.




Tetapi apa yang Russia lakukan?

Mereka menggunakan sebatang PENSIL!


Kes 2

Kisang di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.

Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan merekameminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.

Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.




Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.

Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!



Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!
Related Posts with Thumbnails