Selamat Datang
RSS Feeds
Showing posts with label Alkisah. Show all posts
Showing posts with label Alkisah. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Keperluan Vs Kemahuan

Keperluan adalah sesuatu yang di perlukan oleh manusia bagi menjalani kehidupan seharian. Kemahuan adalah sesuatu yang diinginkan oleh manusia mengikut dasar kehendak hati tetapi jika tidak di dapati tidak akan mendatangkan masalah di dalam kehidupan seharian. Tapi apa yang berlaku hari ini adalah kemahuan melebihi keperluan. Memang betul siapa yang tak nak maju ke depan, tapi fikir orang yang keperluannya sahaja tidak mencukupi apetah lagi kemahuan. Jadi kemahuan, perlu di kawal. Jangan biarkan ia terus berleluasa. Lambat laun akan merosakkan diri sendiri.

Antara yang menyebabkan kemahuan melebihi keperluan adalah :

1) Kaya (duit tak tau nak buat apa dah)
2) Cemburu (apabila tengok orang sekeliling)
3) Teknologi masa kini (boleh ikut tapi berpada-pada)

Oleh itu, jika kita seorang yang bijak, maka fikir-fikirkan lah.


*gambar sekadar Hiasan

Friday, February 11, 2011

Mesir

Bila rakyat dah buka mata.
Bila rakyat dah mula sedar.
Bila rakyat dah pandai menilai.
Bila rakyat semakin di tindas.
Bila rakyat mahukan perubahan.

Selagi boleh di ubah, ubah lah.

Wednesday, February 9, 2011

Hormat......

Memang indah suasana di kampung. Ade bunyi ayam, lembu, kerbau, itik, burung dan macam-macm lagi. Tapi semua macam dah berpuak-puak. Kenduri punyalah banyak tapi tak pergi tanpa alasan yang kukuh. Budak-budak yang baru membesar, baru mengenal erti dewasa lagaknya seperti orang dah lama hidup di dunia. Terjumpa pakcik yang umurnya lebih setengah abad di panggilnya nama. Mana rasa hormat. Di tegur nanti melangit suara keluar. Tak di tegur menjadi-jadi. Di usik dilaporkannya. Berbaju sekolah bermotosikal lalu singgah di kedai membeli sebatang rokok tanpa segan silu membakar dan mengeluarkan asap bulat-bulat yang berkepul-kepul di hapadan orang ramai. Mana rasa segan, takut dan hormat kepada orang yang lebih tua.

Saturday, April 24, 2010

Apply Kerja......




Click pada gambar untuk baca.....

Saturday, April 10, 2010

Atas Kertas..........

(1)



(2)



(3)

Sunday, March 21, 2010

Salah Ejaan

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. untuk sampai kekampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yg bersebelahan sebuah kawasan perkuburan.


Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.


Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kuburdan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu ,orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu diatas batu nisan.


Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi, buat kami terkejut aje".


Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya: "Apa yang pakcik buat malam-malam buta kat kubur ni??"


Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!! Dia orang salah eja nama aku!"

Monday, January 25, 2010

Rokok Vs Girlfriend

Alkisah sepasang kekasih yang baru setahun kenal.....


Riyani : Awaaaak......
Judin : Yeer.......
Riyani : Sy nak mintak tolong ckit boleh tak....?
Judin : Mintak tolong yg macam mane tu.....?
Riyani : Erm... sy nak awk berhenti isap okok... bole...?
Judin : Kite dh kenal bape lame....?
Riyani : Dh hampir setahun kot......
Judin : Nak tau satu perkara tak....?
Riyani : Pe die.....?
Judin : Sy dah kenal okok dulu sebelum knl awk tau sejak sekolah menengah lg, so jgn nak memandai2 suh sy berhenti.....
Riyani : $%^&^#^^:(...........
Related Posts with Thumbnails