Selamat Datang
RSS Feeds

Saturday, April 23, 2011

Menang Vs Kalah





Kalau ada yang menang....
mesti ada yang kalah....
dan kalau ada yang kalah....
pasti akan ada yang menang....

tetapi yang menang tidak akan selalu berada di atas....
jangan ingat bila dah selalu menang ibarat dunia ini kita yang punya....
ada lagi orang lain yang punya....
kalau masih berada di jalan yang lama dan sama....
tak lama lagi tersungkur ia ke tanah...

dan yang kalah tidak akan selalu berada di bawah....
kenalah usaha yang lebih....
jalan yang di ambil kena lah yang baru....
yang menjadi masalah selalu tersalah jalan...
nanti belum sampai ke tebing....
perahu dah pun bocor....




Wednesday, April 20, 2011

Tak habis-habis lagi...


apa yang tak habis....
entahlah fikir-fikir lah sendiri...
keliru di buatnya....
lepas ni entah ape yang nak keluar...
tunggu je lah.....

.......................................................................

Monday, April 18, 2011

Enjit-Enjit Semut


........................................


Enjit-Enjit Semut...
Siapa salah naik atas...
Enjit-Enjit Semut...
Siapa salah naik atas...
Enjit-Enjit Semut...
Siapa salah naik atas...


..........................................






Percubaan Mencuri Jasad Rasullulah


5 Kali Percubaan Mencuri Jasad Rasullulah



Semasa Pemerintahan Amrullah Alubaidi
  • Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah.
Semasa Pemerintahan Alubaidi
  • Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang kearah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.
Perancangan Raja-Raja Nasrani Dengan Komplot dari Nasrani Maghribi
  • Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.
Sekumpulan Nasrani datang bersama Jemaah Haji dengan Niat Mencuri Jasad Ralulullah
  • Mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.
Pada Kurun Ke 9 Hijrah
  • 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.


Sunday, April 17, 2011

Penternakan Ikan Sangkar



Dah bertahun-tahun duduk di kampung sendiri tak pernah pun nak tangkap gambar tentang penternakan ikan dalam sangkar. Gambar di bawah merupakan sebahagian daripada sangkar-sangkar ikan. Antara ikan yang biasa di bela adalah tilapia dan patin. Harga 1kg ikan tersebut murah je RM 15. Tapi kena hati-hati sebab takut terbeli ikan kolam yang rasanya tidak sedap berbanding ikan sangkar di sungai.



Bagi yang suka makan ikan patin, kalau makan kat kedai tu, seeloknya tanyalah dulu sama ada ikan sangkar atau pun yang "original" sungai aka "patin liar" (seperti patin buah & patin muncung) kerana yang original harganya tersangatlah mahal. Pasti ada yang tercekik semasa nak bayar. Tentu ada yang pernah dengar macam mana "Patin mengamuk di temerloh" kerana harganya. Sebelum terkena, rajin-rajinlah bertanya.






Selain itu, melepak kat sangkar ikan pun syok juga. Tengok gelagat ikan yang menunggu tuan-tuanya memberi makanan terutama talapia masing-masing berkerumun je. Bila ikan di beri makan, berebut-sebut takut tak sempat makan sebab tak lama lagi nak kena jual. Tapi aktiviti yang paling best bila melepak kat sangkar ikan adalah memancing. Banyak ikan yang bermain-main di sekeliling sangkar terutama apabila ikan tengah di beri makan.


Saturday, April 16, 2011

Keputusan Pilihanraya Sarawak

Pilihanraya Negeri Sarawak telah pun berakhir dengan kemenangan majoriti kepada Barisan Nasional. Bagi yang menang jangan lupakan janji, bagi yang kalah teruskan berjuang.


BN = 52 Kerusi


DAP = 9 Kerusi


PKR = 3 Kerusi


PAS = 0 Kerusi



PCM = 0 Kerusi



SNAP = 0 Kerusi


BEBAS

Calon Bebas = 1 Kerusi


-Gambar sekitar pilihanraya-



Friday, April 15, 2011

Zirafah + Kuda Belang ????



Zirafah + Kuda Belang ????






Dapat INI!!!


Haiwan di atas adalah sebenarnya sejenis haiwan yang di panggil "Okapi" terdapat Kongo, Afrika. Bagaimanapun, menurut saintis Okapi mempunyai kaitan dengan golongan zirafah. Mungkin zirafah pendek gamaknya yang mempunyai kaki yang coraknya menyerupai kuda belang. -Lagi Gambar-


Sunday, April 10, 2011

Anjakan Paradigma...



"Anjakan paradigma berkobar-kobar di anjung kalbu.... menusuk, diperosok kedalam dikedalam sedalam-dalamnya..."

Nak melakukan anjakan pradigma di tempat kerja. Semangat berkobar-kobar di malam hari, tapi keesokan hari "hampeh" hilang terus lepas pekena roti canai di hadapan tempat kerja. Entah bila dapat melakukan anjakan tersebut. Tapi nak buat macam-mana begitulah nalurinya. Sekejab ada sekejab hilang bergantung kepada faktor sekeliling. Gagal sekali.... Lain kali boleh cuba lagi.



-Mari kita melakukan Anjakan Pradigma dalam kehidupan-


*Gambar Sekadar Hiasan

Saturday, April 9, 2011

Kisah Seorang Budak...




Seorang budak 6 tahun yang bernama Ah Long dari China yang kini tinggal seorang diri kerana kematian kedua orang tuanya akibat AIDS. Ah Long di lahirkan dengan HIV yang menyebabkan penduduk sekeliling takut untuk berkawan dengannya. Ah Long masih lagi mempunyai seorang nenek yang juga tidak membenarkan Ah Long tinggal dengannya. Nasib baik ader pondok yang di tinggalkan oleh kedua orang tuanya. Yang lagi menyentuh hati dan perasaan, pihak sekolah tidak membenarkan dia memasuki sekolah kerana ibu bapa pelajar yang lain mengugut untuk membunuh diri sekiranya dia dekat dengan anak-anak mereka. Bagaimanapun, terdapat segelintir orang yang baik hati yang sudi memberikan bantuan kepadanya. Teman terbaik Ah Long sekarang adalah seekor anjing. -Gambar Selanjutnya-



-Jangan jadikan orang yang tak bersalah menanggungnya-

Peratusan Perokok Di Dunia




Peratusan perokok-perokok di dunia




Peratusan perokok lelaki





Perokok wanita juga tidak ketinggalan





- Marilah kita berhenti merokok-



Oil Rig Hotel

Asalnya merupakan sebuah mesin penggerudi minyak. Sekarang Lebih di kenali sebagai Malaysia Seaventures Dive Resort. Terletak di laut Sulewasi dan di miliki oleh seorang ahli perniagaan dari Singapura. Terkenal di kalangan penyelam dasar laut. Siapa yang ingin merasakan kelainan dalam percutian boleh la singgah



Wednesday, April 6, 2011

Untung..

Untung anak-anak zaman sekarang nak apa je semua dapat. Tak kira daripada sekecil-kecil benda contahnya gula-gula hinggalah sebesar-besar benda contohnya kereta. Tapi apa faedahnya? Supaya anak-anak tak rasa susah seperti bagaimana ibu bapa mereka susah dahulu. Hebat sungguh pengorbanan yang di lakukan oleh ibu bapa. Tapi bagi anak-anak zaman sekarang yang dah biasa rasa senang dan tidak pernah rasa susah apa yang akan berlaku bila di takdirkan akan susah suatu hari nanti. Bagi yang dah pernah melalui tiada masalah, bagi yang tidak pernah rasa susah akan menjadi masalah besar bagi mereka. Sekali-sekala kita kena juga lalui zaman kesusahan supaya kita rasa bagaimana orang yang kurang bernasib baik rasa.


*sedih apabila tak dapat apa yang di inginkan. Lagi Gambar



Kenapa....

Kenapa saya suka buka blog...
Sebab dia best...
Kenapa saya suka baca blog...
Sebab dia best...
Kenapa saya suka semua tentang blog...
Sebab dia best...


* Gambar Sekadar Hiasan

Click Kalau Berani!!!

Sekadar Gambar
Awesome
Pangeran

Today I Have Nothing To Say....

Monday, April 4, 2011

Keperluan Vs Kemahuan

Keperluan adalah sesuatu yang di perlukan oleh manusia bagi menjalani kehidupan seharian. Kemahuan adalah sesuatu yang diinginkan oleh manusia mengikut dasar kehendak hati tetapi jika tidak di dapati tidak akan mendatangkan masalah di dalam kehidupan seharian. Tapi apa yang berlaku hari ini adalah kemahuan melebihi keperluan. Memang betul siapa yang tak nak maju ke depan, tapi fikir orang yang keperluannya sahaja tidak mencukupi apetah lagi kemahuan. Jadi kemahuan, perlu di kawal. Jangan biarkan ia terus berleluasa. Lambat laun akan merosakkan diri sendiri.

Antara yang menyebabkan kemahuan melebihi keperluan adalah :

1) Kaya (duit tak tau nak buat apa dah)
2) Cemburu (apabila tengok orang sekeliling)
3) Teknologi masa kini (boleh ikut tapi berpada-pada)

Oleh itu, jika kita seorang yang bijak, maka fikir-fikirkan lah.


*gambar sekadar Hiasan

Sunday, April 3, 2011

Sekadar berkongsi....

Sekadar berkongsi khususnya untuk warga Pahang. Tidak ketinggalan juga untuk warga luar Pahang.

Program Penempatan Pekerjaan 2011 Di negeri Pahang

*klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Atau

Klik Sini Untuk Semua Negeri...



Related Posts with Thumbnails