Ada satu pokok cuma ada dua dahan sahaja. Dan dahan-dahan itu terdiri daripada banyak ranting yang bercabang-cabang. Tapi di antara dua dahan ini, berlainan antara satu sama lain.
Dahan yang pertama, merupakan dahan yang tumbuh dahulu dan memang senior la. Tetapi banyak ranting-ranting yang patah dan tak bernyawa. Mungkin di sebabkan sudah terlau lama atau mungkin di sebabkan oleh faktor lain. Lalu bertanya kepada ranting kepada banyak yang dan tak bernyawa. Maka jawab ranting, dahan itu sudah terlalu lama tidak memberikan sumber-sumber manfaat kepada ranting. Ranting terpaksa menerimanya dengan seadanya walaupun sifat ingin memberontak bermain-main dalam jiwa.
Dahan yang kedua, merupakan dahan yang tumbuh kemudian dan masih baru. Ranting-rantingnya sekarang tumbuh bukan main lebat dan sentiasa bernyawa walaupun banyak kali di potong atau di cantas. lalu bertanya kepada ranting kenapa tumbuh subur dan sentiasa bernyawa. Maka jawab ranting, dahan itu sentiasa memberikan sumber-sumber yang di perlukan walaupun payah hendak di berikan kerana terdapat kesan makhluk perosak yang selalu mendambakan sumber-sumber tersebut.
-?-
0 comments:
Post a Comment