Selamat Datang
RSS Feeds

Saturday, December 31, 2011

Aku Selekeh

-Gambar sekadar hiasan-

Aku memang selekeh....
Suka hati aku la nak pakai ape....
Yang penting tutup aurat....
Tak kisah la pakai baju tak de jenama....
Yang penting aku beli pakai duit aku....

Keluar bandar naik yamaha 100 sport...
Shopping bundle....
Minum kat gerai tepi jalan....
Best ape....
Kite nampak dierorang buat air cam mane....
Tak der la keraguan timbul....

Sekurang-kurangnye tak lah hipokrit...
Adil pade diri sendiri....
Ni tak der lah yg orang lain punye pon nak sebat....
Hahahahaha......



Monday, December 12, 2011

Pokok Yang Cuma Ada Dua Dahan.....



Ada satu pokok cuma ada dua dahan sahaja. Dan dahan-dahan itu terdiri daripada banyak ranting yang bercabang-cabang. Tapi di antara dua dahan ini, berlainan antara satu sama lain.

Dahan yang pertama, merupakan dahan yang tumbuh dahulu dan memang senior la. Tetapi banyak ranting-ranting yang patah dan tak bernyawa. Mungkin di sebabkan sudah terlau lama atau mungkin di sebabkan oleh faktor lain. Lalu bertanya kepada ranting kepada banyak yang dan tak bernyawa. Maka jawab ranting, dahan itu sudah terlalu lama tidak memberikan sumber-sumber manfaat kepada ranting. Ranting terpaksa menerimanya dengan seadanya walaupun sifat ingin memberontak bermain-main dalam jiwa.

Dahan yang kedua, merupakan dahan yang tumbuh kemudian dan masih baru. Ranting-rantingnya sekarang tumbuh bukan main lebat dan sentiasa bernyawa walaupun banyak kali di potong atau di cantas. lalu bertanya kepada ranting kenapa tumbuh subur dan sentiasa bernyawa. Maka jawab ranting, dahan itu sentiasa memberikan sumber-sumber yang di perlukan walaupun payah hendak di berikan kerana terdapat kesan makhluk perosak yang selalu mendambakan sumber-sumber tersebut.


-?-


Nasihat Lukman Al Hakim Kepada Anaknya





Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibu bapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

“Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lazatnya berdzikir.

“Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya.”

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

“Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.”

“Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan.

“Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang.”

“Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimat itu adalah:
1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah fikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majlis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.







Monday, December 5, 2011

Baru Mendayung Sampan Sudah Bocor

-Gambar hanya sekadar hiasan-


Baru nak mula mendayung sampan tetapi sudah bocor. Lalu di ambil masa untuk di tampal oleh penampal yang ala kadar je. Nampak macam kuat dan kukuh sempat la sampai seberang. Pendayungan di mulakan sekali lagi. Baru 5 atau 6 kali dayung je, air dah memancut kembali ke dalam sampan. Kali ni dengan kebocoran yang agak teruk dari yang awal. Lalu air di timba secara laju-laju di keluarkan dari sampan menggunakan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi bersedia untuk menampal tempat yang bocor itu tadi sekali lagi dengan penampal yang ala kadar je. Kayuhan di mulakan semula. Kali ni nampak macam berjaya untuk menyeberangi, sempat lah 20 kali kayuhan. Hujan pula yang turun, berduyun-duyun air masuk ke dalam perahu. Sekali lagi dengan timba yang kecil, lalu di timba secara laju dengan menggunakan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi mendayung dengan selaju yang mungkin untuk sampai ke tebing. Semakin dekat dengan tebing semakin banyak perkara yang perlu di tempuh. Begitu juga dengan kehidupan semakin hari semakin banyak dugaan yang datang. Terpulang kepada bagaimana cara untuk merempuhinya dengan "menampal" atau dengan terus "mendayung" tanpa memikirkan akibat yang mendatang. Jangan lupa "timba" juga perlu di sediakan sebagai persediaan takut nanti akan di penuh "air" yang tidak tahu datang dari mana.



Kadang-Kadang



Kadang-kadang ada sesuatu yang datang secara tiba-tiba....
Kadang-kadang ia kerap mengganggu dan bermain dalam fikiran....
Kadang-kadang ia akan terus muncul dari masa ke semasa....
Kadang-kadang tanpa di sedari ia teleh menjadi sesuatu....
Kadang-kadang sesuatu itu membawa kebaikan....
Kadang-kadang sesuatu itu membawa keburukan...
Kadang-kadang tanpa di sedari ia akan menjadi sebahagian dari hidup kita....

Yang pasti bergantung kepada diri sendiri bagaimana nak mencorakkannya....


Thursday, December 1, 2011

Sandiwara Membosankan



Dari pagi bawa ke petang.....
Dari petang bawa ke malam.....
Tak abih-abih benda yang sama.....
Sampai muak....
Nak menunjuk apanya....
Kadang tak sampai langsung ke tempat sepatutnya....
Hanya berada dalam maya....
Cuma bermain-main dalam penglihatan kasar....
Dulu lain sekarang lain....
Dasar pemikiran dah jauh berubah....



Related Posts with Thumbnails